Thursday, March 11, 2010

TUGASAN CUTI SEKOLAH

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan


1.Kes kemalangan jalan raya meningkat dari tahun ke tahun terutamnya pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah.
Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan.

2.Anda akan menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Kemalangan jalan raya membawa impak yang negatif kepada individu, masyarakat, dan negara’.
Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

3.Anda ingin menulis rencana tentang usaha-usaha untuk menangani peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis rencana tersebut dengan lengkap.

4.Kes penderaan kanak-kanak menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh media massa kini.
Huraikan punca-punca yang terjadinya kes penderaan kanak-kanak.

5.Sebagai seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Kulaijaya, anda diminta untuk menyampaikan satu ucapan tentang ‘Usaha-usaha untuk menangani kes penderaan kanak-kanak dalam kalangan masyarakat’.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya

6.Rakan pena anda anda ingin mengetahui pendapat anda tentang kesan penganiayaan kanak-kanak yang semakin berleluasa kini.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

7.Gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada masa ini.
Nyatakan faktor-faktor penularan gejala ini dalam kalangan masyarakat.


8.Anda ialah wakil sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah ‘Usaha-usaha untuk menangani gejala sosial dalam masyarakat’.
Tulis teks syarahan dengan lengkap.

9.Gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada masa ini.
Nyatakan kesan-kesan penularan gejala ini dalam kalangan masyarakat.

10.Program ‘1 Malaysia’ akan diadakan di kawasan tempat tinggal anda. Selaku wakil penduduk, anda diminta supaya menulis sepucuk surat kepada wakil rakyat bagi memaklumkamkan tujuan program dan memohon bantuan untuk menjalankan program tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

11.Isu pembalakan haram bukanlah satu isu baharu di negara ini.
Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram ini kepada negara.

12.Banjir kilat sering dikaitkan dengan isu penggondolan hutan yang semakin berleluasa dalam negara kita.
Nyatakan punca-punca peningkatan pembalakan haram di negara ini.

13.Kejadian kebakaran hutan terutamanya pada musim kemarau sering berlaku di negara kita.
Bincangkan impak yang diperoleh akibat kejadian ini.

14.Anda ingin menulis rencana tentang faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kejadian kebakaran hutan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis rencana tersebut dengan lengkap.

15.Penularan wabak H1N1 pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu.
Nyatakan faktor yang menyumbang kepada penularan wabak ini.

16.Selaku Pegawai Kesihatan Daerah Kulaijaya, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah tentang ‘Cara-cara menangani penularan wabak H1N1’ di Sekolah Menengah Kulai Besar.
Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya.

17.Kejadian jenayah yang melibatkan golongan remaja semakin menular sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, mengapakah kejadian ini semakin berleluasa?

18.Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina baru-baru ini, anda telah berpeluang menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh seorang pemimpin negara. Gambarkan suasana dan pengalaman anda ketika berada di rumah terbuka tersebut.

19.Terangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid.

20.Peribahasa “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” sering kali digunakan dalam kalangan masyarakat kita.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

21.“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, begitulah bunyi peribahasa Melayu.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

22.Anda telah berpeluang menaiki kereta api sewaktu bercuti di tempat sahabat anda. Ceritakan pengalaman anda sepanjang perjalanan sewaktu menaiki kereta api tersebut.

23.Kampung anda serta beberapa kawasan berhampiran dilanda banjir selama beberapa hari.
Gambarkan suasana yang anda hadapi ketika itu.

24.Pada hari itu aku tidak ke sekolah kerana cuti umum. Walaupun hari cuti, aku bangun seperti biasa. Aku membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Ketika aku sedang menggoreng telur, tiba-tiba kedengaran bunyi...
Lengkapkan cerita tersebut supaya menjadi karangan sempurna.

28.Satu kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia lebih banyak makan buah-buahan yang diimport berbanding dengan buah-buahan tempatan. Nyatakan sebab-sebabnya dan sarankan cara-cara mengatasi masalah tersebut.

29.Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik namun, jumlah warga tua yang mengalami masalah juga semakin bertambah. Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

30.Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Hal yang demikian, telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini.
Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk akibat kehadiran pendatang asing.

31.Pencemaran alam telah menjadi satu isu global. Keadaan ini telah memberi impak yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia. Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.

32.Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan untuk mewujudkan kawasan rekreasi di kawasan perumahan. Tindakan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat. Huraikan kesan-kesan positif hasil pengenalan peraturan ini

33.Anda telah menghadiri satu upacara perkahwinan di kampung anda. Gambarkan suasana majlis perkahwinan tersebut.

34.Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi yang dianjurkan oleh sekolah anda.
Ceritakan pengalaman anda itu.

35.“Belakang Parang kalau diasah lagikan tajam”. Begitulah bunyi peribahasa Melayu. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

36.Remaja pada hari ini lebih gemar membaca bahan bacaan ringan daripada membaca bacaan ilmiah.
Bincangkan sebab-sebab golongan remaja memilih bahan bacaan ringan daripada bahan bacaan ilmiah.

37.Kes buli dalam kalangan pelajar di sekolah memberi pelbagai impak terhadap institusi pendidikan negara. Bincangkan sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.

38.Kehadiran pelancong asing ke negara ini membawa banyak faedah kepada negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

39.Pada malam itu, anda berjalan berseorangan pulang ke rumah selepas mengadakan sesi perbincangan bersama rakan-rakan. Kesunyian malam itu tiba-tiba terganggu apabila anda terdengar bunyi tapak kaki di belakang anda.
Ceritakan peristiwa yang berlaku seterusnya.

40.Kini, penggunaan kad kredit semakin meluas dalam kalangan masyarakat hari ini. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit.

41.Program kitar semula dilaksanakan untuk menangani masalah pelupusan sampah sarap yang semakin serius.
Jelaskan sebab-sebab perlunya kitar semula diadakan di negara ini.

42.Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar hangat diperkatakan pada masa ini. Nyatakan langkah-langkah yang harus dilaksanakan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ini.

43.Peribahasa digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan amalan ialah “Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”.
Tulis suatu karangan tentang peribahasa tersebut selengkapnya.

44.Kemajuan teknologi maklumat dikatakan banyak mendatangkan kesan yang positif ke arah pembentukan masyarakat maju. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu memanfaatkan teknologi maklumat sebaik-baik mungkin. Berikan pendapat anda tentang isu ini.

45.Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” wajar diamalkan oleh setiap anggota masyarakat di negara ini supaya semangat kejiranan dapat dipupuk.
Bincangkan

46.Dadah apabila disalahgunakan membawa padah.
Nyatakan kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara.

47.Anda dan kakak sedang menaiki bas pulang ke kampung. Tiba-tiba bas yang anda naiki mengalami kerosakan enjin. Semua orang terpaksa turun sementara kerosakan bas dibaiki. Gambarkan suasana ketika itu.

48.Peribahasa Melayu digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan panduan ialah “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa tersebut selengkapnya.