Saturday, March 24, 2012

Tema Novel Melunas Rindu

Novel Melunas Rindu bertemakan kasih sayang. Sebagai contoh, Fuad sayang akan bapa saudaranya Peter Lim dan sanggup mengelap muntah bapa saudaranya ketika sakit.

Monday, June 13, 2011

Watak Sampingan novel Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember dan Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan secara ringkas dua watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji. (10 markah)

Jawapan:

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud

Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat dua watak sampingan dalam novel tersebut. Pertama, ialah Pak Mat Tukang Masak. Pak Mat Tukang masak seorang pengedar dadah dan seorang pencuri kerana mencuri bahan-bahan kering di Rumah Bonda. Watak sampingan kedua ialah Datin Siti Norbayu. Datin Siti Norbayu seorang yang pemurah dan baik hati. Selain itu, Datin Siti Norbayu memiliki Sekolah Muzik Lagu Bayu.

Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat dua watak sampingan dalam novel tersebut. Pertama ialah Antik. Antik seorang warga Indonesia dan seorang yang cekap mengendalikan bot. Watak sampingan kedua ialah Razi. Razi ialah kawan kepada Azam dan cekap mengendalikan motobot.




Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat dua watak sampingan dalam novel tersebut. Pertama ialah Helen Latai anak Intie. Helen Latai anak Intie merupakan isteri Kanang. Selain itu, Helen juga mudah menyesuaikan diri. Watak sampingan kedua ialah Koperal Mohd Nasir Mohd Nordin. Beliau seorang yang boleh dipercayai dan tercedera dalam operasi ketenteraan.

Latihan Pengukuhan

1. Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat dua watak sampingan dalam novel tersebut. Pertama, ialah ______________________________. Pak Mat Tukang masak seorang pengedar dadah dan seorang pencuri _____________________________. Watak sampingan kedua ialah Datin Siti Norbayu. Datin Siti Norbayu seorang yang pemurah dan baik hati. Selain itu, Datin Siti Norbayu memiliki ___________________________________________.




2. Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat dua watak sampingan dalam novel tersebut. Pertama ialah _______________. Antik seorang warga Indonesia dan seorang yang cekap mengendalikan bot. Watak sampingan kedua ialah Razi. Razi ialah _________________________ dan cekap mengendalikan motobot..


3. Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat dua watak sampingan dalam novel tersebut. Pertama ialah Helen Latai anak Intie. Helen Latai anak Intie merupakan _____________________________. Selain itu, Helen juga mudah menyesuaikan diri. Watak sampingan kedua ialah Koperal Mohd Nasir Mohd Nordin. Beliau ____________________________ dan tercedera dalam operasi ketenteraan.

Sunday, May 8, 2011

Latar Tempat dalam novel Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember dan Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan secara ringkas tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Jawapan:

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud

Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, di Rumah Bonda iaitu rumah anak-anak yatim yang didiami oleh Budiman, Chong dan Chandra. Kedua, rumah Pak Wan Busu iaitu tempat Budiman belajar menggesek biola. Ketiga, stesen minyak iaitu tempat Budiman, Chong dan Chandra bekerja untuk mengumpul duit membeli biola.


Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, di Tanjung Paku tempat Azam dan rakan-rakannya berkhemah. Kedua, di rumah Pak Widodo iaitu tempat Azam dan Razi dirawat. Ketiga, di dalam bot iaitu Azam dan Razi berada dalam keadaan bot bocor.



Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, di hutan iaitu tempat Kanang selalu mengikut datuknya berburu. Kedua, di hospital iaitu tempat Kanang dirawat setelah cedera semasa menjalankan tugas. Latar tempat ketiga adalah Muzium Angkatan Tentera iaitu tempat Kanang menyerahkan potretnya kepada pihak muzium.



Latihan Pengukuhan

1. Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, __________________________ iaitu rumah anak-anak yatim yang didiami oleh Budiman, Chong dan Chandra. Kedua, rumah Pak Wan Busu iaitu ____________________________________________. Ketiga, ___________________________ iaitu tempat Budiman, Chong dan Chandra bekerja untuk mengumpul duit membeli biola.


2. Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, __________________________________ tempat Azam dan rakan-rakannya berkhemah. Kedua, di rumah Pak Widodo iaitu ___________________________________. Ketiga, __________________________________ iaitu Azam dan Razi berada dalam keadaan bot bocor.

3. Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, di hutan __________________________________________________________. Kedua, ___________________________________ iaitu tempat Kanang dirawat setelah cedera semasa menjalankan tugas. Latar tempat ketiga adalah Muzium Angkatan Tentera iaitu__________________________________ ___________________________________________________________.

Saturday, April 16, 2011

Sang Kancil, Kerbau dan Buaya

Hikayat Arnab Yang Sombong

Sinopsis Ibu dan Ceper (Soalan Aras Rendah)

Sinopsis Ibu dan Ceper

Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai.

1. sawah
2. kenduri-kendara
3. ibunya
4. Sungai Ceper


_________________ mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan _______________. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan ______________ bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu ____________________, menziarahi jiran sekiranya ada kematian.



1.kemarau
2. mengusahakan
3.perigi
4. Sungai Ceper

Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk ________________ sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa __________________ memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. ______________________ yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di _______________________.


1.lumpuh
2.terjatuh
3.menjaga
4.menyesali


Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah _______________ kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus _________________ dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya ______________ ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang menggores hati ibunya. Penulis amat _________________ kesilapannya.


1.Sungai Ceper
2.zaman
3.cetek
4.ibunya

Keadaan ___________________ digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin _______________ sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan. Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada _______________________ sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian _____________ sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

Latar Masa dalam novel Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember dan Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan secara ringkas tiga latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Jawapan:

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud

Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, pada waktu pagi iaitu ketika Budiman dan penghuni Rumah Bonda yang lain bangun awal pagi untuk solat subuh berjemaah. Kedua, pada waktu siang ketika Budiman melawat kubur ayahnya dan membersihkan kubur tersebut. Ketiga, pada waktu malam ketika Budiman memanjat pokok tembusu untuk melihat Pak Wan Busu menggesek biola.

Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, pada waktu pagi ketika Azam dan rakan-rakannya bertolak ke Tanjung Paku. Kedua, pada waktu malam ketika kapal terbang yang dirampas terhempas. Ketiga, pada waktu siang ketika Azam berpisah dengan Antik di tengah lautan.



Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, pada waktu tengah hari ketika Kanang menghantar 20 orang pemuda untuk manghadiri temu duga Iban Tracker. Kedua, pada waktu petang ketika Kanang bersama pasukan penjejak tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura untuk membantu pasukan 1st Singapore Infantry Regiment. Pada waktu malam, ketika Kanang membahagikan tugas mengawal ketika menjalankan tugas di Hutan Korbu, Perak.

Latihan Pengukuhan

1. Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, __________________________ iaitu ketika Budiman dan penghuni Rumah Bonda yang lain bangun awal pagi untuk solat subuh berjemaah. Kedua, pada waktu siang ketika _____________________________
___________________________________. Ketiga, ___________________________ ketika Budiman memanjat pokok tembusu untuk melihat Pak Wan Busu menggesek biola.
2. Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, __________________________________ ketika Azam dan rakan-rakannya bertolak ke Tanjung Paku. Kedua, pada waktu malam ketika __________________________________________. Ketiga, __________________________________ ketika Azam berpisah dengan Antik di tengah lautan.


3. Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. Pertama, pada waktu tengah hari ketika _______________________________________________
____________________________________. Kedua, ___________________________________ketika Kanang bersama pasukan penjejak tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura untuk membantu pasukan 1st Singapore Infantry Regiment. Pada waktu malam, ___________________________________
_____________________________________________________.

Latar Masyarakat dalam novel Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember dan Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan secara ringkas tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Jawapan:

Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud

Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang pelbagai kaum. Contohnya, Budiman berbangsa Melayu, Chong pula berbangsa Cina manakala Chandra berbangsa India. Mereka tinggal bersama-sama di Rumah Bonda. Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan. Budiman, Chong dan Chandra menjadi penghuni Rumah Bonda. Novel ini juga menggambarkan masyarakat seniman. Din Biola merupakan penggesek biola yang terkenal. Beliau mendapat pengiktirafan kerana kegiatannya dalam bidang muzik.


Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin. Contohnya, Pak Widodo dan Antik menyelamatkan Azam dan Razi dengan membawa mereka pulang ke rumah untuk dirawat. Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bekerjasama dalam menjayakan sesuatu. Contohnya, Azam dan rakan-rakannya bekerjasama menjayakan ekspedisi. Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat pelbagai kaum. Azam berbangsa Melayu, Lim berbangsa Cina, Rendra berbangsa India dan Zanawati berbangsa Melayu merupakan sahabat baik.

Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin


Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Masyarakat yang percaya kepada adat, pantang larang, petua dan mimpi. Contohnya, sebelum masuk ke hutan, Kanang mengorbankan ayam jantan sambil mejampi serapah. Masyarakat yang prihatin. Contohnya, pegawai pemerintah Kanang pernah tiga kali tidur di hospital menemani Kanang yang terlantar di hospital. Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat yang tolong-menolong. Contohnya, jiran tetagga membawa Helen ke klinik kerana pengsan setelah mengetahui Kanang cedera dalam operasi.


Latihan pengukuhan

1. Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Latar masyarakat yang pertama ialah __________________________________________. Contohnya, Budiman __________________, Chong pula berbangsa _____________ manakala Chandra berbangsa ______________. Mereka tinggal bersama-sama di ______________________. Latar masyarakat yang kedua ialah _____________________________________ yang tinggal di rumah kebajikan. ______________, __________________ dan __________________ menjadi penghuni Rumah Bonda. Novel ini juga menggambarkan masyarakat ___________. Din Biola merupakan _____-___. Beliau mendapat pengiktirafan kerana kegiatannya dalam bidang ________________.


2. Novel yang saya kaji ialah novel Tragedi Empat Disember. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang ___________________. Contohnya, Pak Widodo dan Antik menyelamatkan Azam dan Razi dengan membawa mereka pulang ke rumah untuk dirawat. Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bekerjasama dalam menjayakan sesuatu. Contohnya, ____________________________________________________________
_______________________________________________. Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat __________________________________. Azam berbangsa Melayu, Lim berbangsa Cina, Rendra berbangsa India dan Zanawati berbangsa Melayu merupakan sahabat baik.



3. Novel yang saya kaji ialah novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Masyarakat yang percaya kepada adat, pantang larang, petua dan mimpi. Contohnya,___________________________________________________
_______________________________________________. Masyarakat yang ________________________. Contohnya, pegawai pemerintah Kanang pernah tiga kali tidur di hospital menemani Kanang yang terlantar di hospital. Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat yang tolong-menolong. Contohnya, _______________________________ kerana pengsan setelah mengetahui Kanang cedera dalam operasi.

Thursday, March 11, 2010

TUGASAN CUTI SEKOLAH

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan


1.Kes kemalangan jalan raya meningkat dari tahun ke tahun terutamnya pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah.
Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan.

2.Anda akan menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Kemalangan jalan raya membawa impak yang negatif kepada individu, masyarakat, dan negara’.
Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

3.Anda ingin menulis rencana tentang usaha-usaha untuk menangani peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis rencana tersebut dengan lengkap.

4.Kes penderaan kanak-kanak menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh media massa kini.
Huraikan punca-punca yang terjadinya kes penderaan kanak-kanak.

5.Sebagai seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Kulaijaya, anda diminta untuk menyampaikan satu ucapan tentang ‘Usaha-usaha untuk menangani kes penderaan kanak-kanak dalam kalangan masyarakat’.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya

6.Rakan pena anda anda ingin mengetahui pendapat anda tentang kesan penganiayaan kanak-kanak yang semakin berleluasa kini.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

7.Gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada masa ini.
Nyatakan faktor-faktor penularan gejala ini dalam kalangan masyarakat.


8.Anda ialah wakil sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah ‘Usaha-usaha untuk menangani gejala sosial dalam masyarakat’.
Tulis teks syarahan dengan lengkap.

9.Gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada masa ini.
Nyatakan kesan-kesan penularan gejala ini dalam kalangan masyarakat.

10.Program ‘1 Malaysia’ akan diadakan di kawasan tempat tinggal anda. Selaku wakil penduduk, anda diminta supaya menulis sepucuk surat kepada wakil rakyat bagi memaklumkamkan tujuan program dan memohon bantuan untuk menjalankan program tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

11.Isu pembalakan haram bukanlah satu isu baharu di negara ini.
Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram ini kepada negara.

12.Banjir kilat sering dikaitkan dengan isu penggondolan hutan yang semakin berleluasa dalam negara kita.
Nyatakan punca-punca peningkatan pembalakan haram di negara ini.

13.Kejadian kebakaran hutan terutamanya pada musim kemarau sering berlaku di negara kita.
Bincangkan impak yang diperoleh akibat kejadian ini.

14.Anda ingin menulis rencana tentang faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kejadian kebakaran hutan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis rencana tersebut dengan lengkap.

15.Penularan wabak H1N1 pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu.
Nyatakan faktor yang menyumbang kepada penularan wabak ini.

16.Selaku Pegawai Kesihatan Daerah Kulaijaya, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah tentang ‘Cara-cara menangani penularan wabak H1N1’ di Sekolah Menengah Kulai Besar.
Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya.

17.Kejadian jenayah yang melibatkan golongan remaja semakin menular sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, mengapakah kejadian ini semakin berleluasa?

18.Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina baru-baru ini, anda telah berpeluang menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh seorang pemimpin negara. Gambarkan suasana dan pengalaman anda ketika berada di rumah terbuka tersebut.

19.Terangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid.

20.Peribahasa “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” sering kali digunakan dalam kalangan masyarakat kita.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

21.“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, begitulah bunyi peribahasa Melayu.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

22.Anda telah berpeluang menaiki kereta api sewaktu bercuti di tempat sahabat anda. Ceritakan pengalaman anda sepanjang perjalanan sewaktu menaiki kereta api tersebut.

23.Kampung anda serta beberapa kawasan berhampiran dilanda banjir selama beberapa hari.
Gambarkan suasana yang anda hadapi ketika itu.

24.Pada hari itu aku tidak ke sekolah kerana cuti umum. Walaupun hari cuti, aku bangun seperti biasa. Aku membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Ketika aku sedang menggoreng telur, tiba-tiba kedengaran bunyi...
Lengkapkan cerita tersebut supaya menjadi karangan sempurna.

28.Satu kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia lebih banyak makan buah-buahan yang diimport berbanding dengan buah-buahan tempatan. Nyatakan sebab-sebabnya dan sarankan cara-cara mengatasi masalah tersebut.

29.Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik namun, jumlah warga tua yang mengalami masalah juga semakin bertambah. Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

30.Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Hal yang demikian, telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini.
Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk akibat kehadiran pendatang asing.

31.Pencemaran alam telah menjadi satu isu global. Keadaan ini telah memberi impak yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia. Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.

32.Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan untuk mewujudkan kawasan rekreasi di kawasan perumahan. Tindakan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat. Huraikan kesan-kesan positif hasil pengenalan peraturan ini

33.Anda telah menghadiri satu upacara perkahwinan di kampung anda. Gambarkan suasana majlis perkahwinan tersebut.

34.Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi yang dianjurkan oleh sekolah anda.
Ceritakan pengalaman anda itu.

35.“Belakang Parang kalau diasah lagikan tajam”. Begitulah bunyi peribahasa Melayu. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

36.Remaja pada hari ini lebih gemar membaca bahan bacaan ringan daripada membaca bacaan ilmiah.
Bincangkan sebab-sebab golongan remaja memilih bahan bacaan ringan daripada bahan bacaan ilmiah.

37.Kes buli dalam kalangan pelajar di sekolah memberi pelbagai impak terhadap institusi pendidikan negara. Bincangkan sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.

38.Kehadiran pelancong asing ke negara ini membawa banyak faedah kepada negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

39.Pada malam itu, anda berjalan berseorangan pulang ke rumah selepas mengadakan sesi perbincangan bersama rakan-rakan. Kesunyian malam itu tiba-tiba terganggu apabila anda terdengar bunyi tapak kaki di belakang anda.
Ceritakan peristiwa yang berlaku seterusnya.

40.Kini, penggunaan kad kredit semakin meluas dalam kalangan masyarakat hari ini. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit.

41.Program kitar semula dilaksanakan untuk menangani masalah pelupusan sampah sarap yang semakin serius.
Jelaskan sebab-sebab perlunya kitar semula diadakan di negara ini.

42.Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar hangat diperkatakan pada masa ini. Nyatakan langkah-langkah yang harus dilaksanakan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ini.

43.Peribahasa digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan amalan ialah “Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”.
Tulis suatu karangan tentang peribahasa tersebut selengkapnya.

44.Kemajuan teknologi maklumat dikatakan banyak mendatangkan kesan yang positif ke arah pembentukan masyarakat maju. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu memanfaatkan teknologi maklumat sebaik-baik mungkin. Berikan pendapat anda tentang isu ini.

45.Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” wajar diamalkan oleh setiap anggota masyarakat di negara ini supaya semangat kejiranan dapat dipupuk.
Bincangkan

46.Dadah apabila disalahgunakan membawa padah.
Nyatakan kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara.

47.Anda dan kakak sedang menaiki bas pulang ke kampung. Tiba-tiba bas yang anda naiki mengalami kerosakan enjin. Semua orang terpaksa turun sementara kerosakan bas dibaiki. Gambarkan suasana ketika itu.

48.Peribahasa Melayu digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan panduan ialah “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa tersebut selengkapnya.

Thursday, November 12, 2009

Maksima atau Maksimum?

Perkataan yang tepat digunakan untuk menyatakan maksud; jumlah yang sebanyak-banyaknya ialah perkataan 'Maksimum' (Rujuk Kamus Dewan edisi keempat m/s 984).

Teladan atau Tauladan?

Semasa saya memeriksa kertas bahasa Melayu murid-murid Tingkatan Empat, didapati ramai murid-murid keliru dengan penggunaan perkataan 'Tauladan' dan 'Teladan'.

Ramai murid menggunakan perkataan 'Tauladan' bagi menunjukkan maksud; perbuatan yang patut dicontohi.

Perkataan yang tepat bagi menunjukkan maksud; perbuatan yang patut dicontohi ialah Teladan (Rujuk Kamus Dewan edisi keempat, m/s 1632).

Diharap pada masa akan datang, murid dapat menggunakan perkataan yang betul dalam penulisan karangan.

Thursday, October 22, 2009

Gaya Bahasa Dalam Komsas

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.

Wednesday, October 21, 2009

KATA MAJMUK

1. Rangkaian dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu

2. Kata majmuk dieja terpisah kecuali kata majmuk yang dianggap mantap.

3. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit.

4. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur-unsur lain. Contoh perkataan tengah hari. Apabila perkataan 'dan' disisipkan menjadi 'tengah dan hari', maksud asal perkataan tengah hari akan berubah.

5. Kata majmuk yang dianggap mantap dan ditulis secara bercantum;

A. antarabangsa B. tandatangan C. pesuruhjaya D. suruhanjaya E. bumiputera
F. jawatankuasa G. sukarela H. kerjasama I. kakitangan J. setiausaha
K. olahraga L. matahari M. beritahu N. warganegara O. tanggungjawab

Wednesday, October 14, 2009

Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.

Tajuk Karangan : Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Atau Pelajar Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.

Pendahuluan:
Era globalisasi, k-ekonomi, dan keperluan memanfaatkan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) menuntut penguasaan bahasa Inggeris. Hal yang demikian kerana, penguasaan bahasa Inggeris dapat memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kita mempelajari, dan memberi penekanan serius terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam pendidikan Malaysia, disebabkan bahasa tersebut merupakan medium pencetus teknologi Barat. Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amat penting, namun seringkali kita mendapati pelajar Melayu menghadapi masalah dalam penguasaan mata pelajaran tersebut sebagai bahasa kedua mereka. Secara umumnya, dalam karangan ini dihuraikan punca pelajar Melayu lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, dan beberapa langkah mengatasinya.

1) Kata Kunci Soalan : Masalah ...
2) Ayat Tesis : Seringkali, kita dapati pelajar Melayu menghadapi masalah dalam penguasaan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka.
3) Jenis Pengenalan :
4) Bentuk Karangan : induktif-deduktif
5) Jumlah Perkataan : 65 perkataan

Isi:
1) Punca
a. Tidak diperaktikkan dalam perbualan harian.
b. Medium pengajaran yang tidak kreatif, dan tidak dikembangkan.
2) Langkah
a. Menanamkan sifat membaca buku dalam bahasa Inggeris sejak dari zaman kanak- kanak.
b. Pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p).
c. Membudayakan penggunaan kamus dan menjadikannya tabiat sepanjang hayat bagi membantu menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris.

Contoh Huraian Isi:
Dato' Dr. Zainal Abidin Wahid seorang tokoh veteran pendidikan menyatakan, kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu disebabkan oleh faktor medium pengajaran yang tidak kreatif dan tidak dikembangkan. Mempelajari bahasa berbeza daripada mempelajari subjek Matematik dan Sains. Hal yang demikian kerana, mata pelajaran tersebut bersifat teknikal dan kefahaman. Bahasa memerlukan pengasahan tabiat dan penguasaan secara berterusan. Pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris selama sebelas tahun, kebanyakannya masih belum mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Seharusnya, isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris tidak timbul, jika sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa betul. Pelajar mampu menguasai bahasa Inggeris jika pendekatan dan kaedah digunakan berkesan.

Punca Kepanasan Melampau

Tajuk: Punca Kepanasan Melampau

Kini, suhu dunia semakin panas. Kita dapat merasakan bahang kepanasan suhu dunia seawal jam lapan pagi dan semakin dirasai menjelang tengah hari. Jika dahulu, manusia mampu bertahan bekerja di bawah sinaran terik matahari dalam tempoh yang lama, tetapi kini hanya segelintir yang mampu berbuat demikian. Walaupun manusia memasang alat penghawa dingin di rumah, pejabat dan kereta untuk menghindari kepanasan, tetapi masih terdengar rungutan tentang bahang kepanasan yang melampau. Mengapakah fonomena ini berlaku? Apakah faktor penyumbang kepanasan melampau? Kepanasan melampau berpunca daripada kemarau berpanjangan, kebakaran hutan, penebangan hutan, pencemaran udara dan penipisan ozon.

Kepanasan melampau berlaku disebabkan kemarau yang berpanjangan. Kemarau berpanjangan bermaksud, keadaan panas dan tidak hujan serta berlarutan dalam tempoh yang lama. Apabila keadaan ini berlaku, air menjadi semakin kering, udara menjadi semakin panas dan peningkatan suhu menjadi semakin mendadak. Fenomena ini jelas menyumbang kepada kepanasan melampau.

Selain itu, kepanasan melampau berpunca daripada kebakaran hutan. Kebakaran hutan terjadi akibat kemarau yang berpanjangan, sebagaimana yang pernah berlaku di Indonesia tidak lama dahulu. Kebakaran hutan mengakibatkan keadaan jerebu dan peningkatan suhu persekitaran sehingga membawa kepada kepanasan melampau.

Aktiviti penebangan hutan yang berleluasa merupakan punca kepanasan melampau. Kegiatan pembalakan dilakukan secara meluas dan tidak terkawal kerana kegiatan pembalakan adalah salah satu sumber pendapatan negara. Kegiatan pembalakan mengakibatkan kemusnahan dan kepupusan tumbuhan. Tumbuhan penting dalam ekosistem alam sekitar kerana tumbuhan membebaskan oksigen untuk keperluan manusia. Apabila ditebang, hilanglah sumber oksigen tersebut. Ringkasnya, penebangan hutan mengurangkan sumber oksigen sehingga mengakibatkan peningkatan gas hidrogen. Keadaan ini menyumbang terhadap kepanasan melampau.

Punca seterusnya berlaku kepanasan melampau adalah pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku disebabkan pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan yang menyumbang terhadap peningkatan suhu. Buktinya, suhu di bandar besar lebih panas daripada suhu di kampung. Hal ini kerana, terdapat banyak kenderaan dan kilang di bandar berbanding di kampung.

Kepanasan melampau juga berpunca daripada penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi menghalang sinaran ultra ungu daripada menembusi bumi. Penipisan lapisan ozon berlaku, disebabkan pembebasan karbon dioksida ke udara yang mengakibatkan kesan rumah hijau. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultra ungu yang panas dan membahayakan manusia terpancar ke bumi. Pancaran sinaran ultra ungu ke bumi secara tidak langsung mengakibatkan kepanasan melampau.

Kesimpulannya, kegiatan manusia dilihat sebagai punca utama kepanasan melampau terjadi. Selain itu, kepanasan melampau juga berpunca daripada faktor lain seperti kemarau yang berpanjangan.