Thursday, November 12, 2009

Teladan atau Tauladan?

Semasa saya memeriksa kertas bahasa Melayu murid-murid Tingkatan Empat, didapati ramai murid-murid keliru dengan penggunaan perkataan 'Tauladan' dan 'Teladan'.

Ramai murid menggunakan perkataan 'Tauladan' bagi menunjukkan maksud; perbuatan yang patut dicontohi.

Perkataan yang tepat bagi menunjukkan maksud; perbuatan yang patut dicontohi ialah Teladan (Rujuk Kamus Dewan edisi keempat, m/s 1632).

Diharap pada masa akan datang, murid dapat menggunakan perkataan yang betul dalam penulisan karangan.

4 comments:

  1. terima kasih cikgu.. baru je tadi nak buat projek folio dan terfikir teladan atau tauladan. sehingga saya search kat google dan terkeluar blog cikgu.. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.....

    Saya sedang membuat artikel mengenai Tok Kenali dan persoalan mengenai perkataan "teladan" dan "tauladan" timbul. Saya juga membuat carian di Google dan jumpa blog ini.

    Erm..., saya juga ingin berkongsi mengenai cara sebutan yang ada dari kalangan kita yang salah sebut seperti perkataan "Benak" dan "Segak". Sesekali ada juga yang keliru dengan sebutan "Perang" (satu bermaksud "keadaan/perbuatan" lagi satu bermaksud "warna")

    Jika cikgu lihat iklan di Astro Ceria yang mempromosikan kartun Detectif Conan, orang yang membaca skrip iklan itu salah dalam menyebut perkataan "S E G A K"

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum cikgu, jadi maknanya tauladan tiada makna. Cuma orang yang salah eja teladan jadi tauladan?

    ReplyDelete
  4. Pokies Slots - Best Casino Casinos in US for 2021
    In 2018, the United States legalized 바인드 토토 online gambling and casinos. But in 2019, 토토 랜드 같은 사이트 the 온라인 바카라 사이트 United States legalized online gaming. As 프로즌먹튀 of 2020, 강원랜드 떡 only

    ReplyDelete

Hanya untuk bertanya lebih lanjut berkaitan perkara yang tidak difahami.