Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Maksima atau Maksimum?

Perkataan yang tepat digunakan untuk menyatakan maksud; jumlah yang sebanyak-banyaknya ialah perkataan 'Maksimum' (Rujuk Kamus Dewan edisi keempat m/s 984).

Teladan atau Tauladan?

Semasa saya memeriksa kertas bahasa Melayu murid-murid Tingkatan Empat, didapati ramai murid-murid keliru dengan penggunaan perkataan 'Tauladan' dan 'Teladan'.

Ramai murid menggunakan perkataan 'Tauladan' bagi menunjukkan maksud; perbuatan yang patut dicontohi.

Perkataan yang tepat bagi menunjukkan maksud; perbuatan yang patut dicontohi ialah Teladan (Rujuk Kamus Dewan edisi keempat, m/s 1632).

Diharap pada masa akan datang, murid dapat menggunakan perkataan yang betul dalam penulisan karangan.

Wednesday, October 21, 2009

KATA MAJMUK

1. Rangkaian dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu

2. Kata majmuk dieja terpisah kecuali kata majmuk yang dianggap mantap.

3. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit.

4. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur-unsur lain. Contoh perkataan tengah hari. Apabila perkataan 'dan' disisipkan menjadi 'tengah dan hari', maksud asal perkataan tengah hari akan berubah.

5. Kata majmuk yang dianggap mantap dan ditulis secara bercantum;

A. antarabangsa B. tandatangan C. pesuruhjaya D. suruhanjaya E. bumiputera
F. jawatankuasa G. sukarela H. kerjasama I. kakitangan J. setiausaha
K. olahraga L. matahari M. beritahu N. warganegara O. tanggungjawab